fb fb fb fb fb

Parti komponen BN termasuk MCA dan MIC diberi peluang bertanding PRU16

Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PORT DICKSON, 15 Jun - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -16 (PRU16) akan datang.

Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluang itu turut diberikan kepada MCA dan MIC kerana telah menjadi ketetapan gabungan itu termasuk menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya akan datang.

"Saya sebutkan bahawa dalam PRU16 kita akan tetap gunakan lambang dacing sebagai lambang Barisan Nasional dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional diberikan tempat untuk bertanding walaupun pilihan raya itu masih lama lagi tetapi ketetapan yang kita buat," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Port Dickson di Institut Latihan FAMA, di sini.

 

TETITIA YUSOFF