fb fb fb fb fb

Program Ilmu Falak perkasa komuniti desa Ayer Baloi

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan

PONTIAN, 15 Jun - Program Jelajah Ilmu Falak bersama komuniti Ayer Baloi Pontian diadakan dalam usaha mendedahkan ilmu falak selain perkongsian ilmu dan motivasi kepada anak-anak desa.

Ia disertai 64 pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur,  Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penyertaan pihak institusi pengajian tinggi awam dalam menyantuni masyarakat luar bandar dapat memberi motivasi anak muda melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi..

"Mereka mengadakan pertemuan dengan orang kampung dan anak-anak sama ada di masjid, tempat lain dan mereka telah membina dua monumen. Dua monumen arah kiblat di dua kubur," katanya.

Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Jelajah Ilmu Falak yang berlangsung sejak Jumaat lalu, di Pontian, Johor.

TETITIA YUSOFF