(FOTO AFP)
STRASBOURG, 18 April- Warga Kosovo akan dibenar melakukan lawatan tanpa visa ke mana-mana negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mulai akhir tahun depan.
Perkara itu diputuskan dalam undian di Parlimen Eropah pada Selasa.
"Ini akhirnya membolehkan rakyat Kosovo melakukan perjalanan dengan mudah, melawat saudara-mara dan menjalankan perniagaan di EU," kata ahli parlimen sosialis Austria Thijs Reuten.
"Tetapi ia lebih daripada itu. Pencapaian ini juga merupakan asas penting untuk masa depan dan kerjasama yang lebih erat antara EU dengan Kosovo," tambah beliau.
Kosovo yang pernah menjadi wilayah Serbia di bekas Yugoslavia, adalah wilayah terakhir di Balkan Barat tanpa perjalanan tanpa visa ke kawasan perjalanan Schengen EU.
Pembaharuan itu akan dialu-alukan di Pristina sebagai satu lagi langkah ke arah pengiktirafan penuh dan rangsangan untuk cita-cita Eropah bagi wilayah yang memperoleh kemerdekaan selepas perang 1998-1999.
Namun, Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan bekas wilayahnya yang memisahkan diri. Begitu juga lima lagi negara anggota EU iaitu Sepanyol, Cyprus, Greece, Slovakia dan Romania. -AFP
(Parlimen EU sokong perjalanan bebas visa warga Kosovo/AFP)