KUALA LUMPUR, 19 April- Seramai 4, 263 pegawai kontrak dalam bidang perubatan akan diserapkan dalam skim penempatan tetap tahun ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
"Seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan dan perdana menteri baru-baru ini kita meletakkan sasaran 12,800 doktor untuk kita serapkan dalam skim jawatan tetap dalam masa tiga tahun.
"Insya-Allah memang kita sedang laksanakan dan ramai dah saya dengar maklum balas ucapkan terima kasih kepada KKM," kata Zaliha kepada media di sini.
Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuang lebihan ubat atau ubat yang sudah tamat tempoh, sebaliknya memulangkannya kepada pihak hospital.
"Ubat itu dibuang ikut suka ada dibuang dalam tong sampah ada yang buang dalam tandas. Kita di KKM ada bahagian pelupusan, ada farmasi yang bertindak atas perkara tersebut. Untuk melupuskan ada cara-cara tertentu, bukan sembarangan kita boleh lupuskan," katanya lagi.
(4,263 doktor kontrak akan diserap tahun ini)