MERLIMAU, 29 Ogos- Kerajaan Negeri akan melaksanakan parkir berpusat bermula November depan untuk pelawat Hospital Melaka sebagai alternatif menyelesaikan isu kesesakan parkir di kawasan berkenaan.
Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, pelawat atau waris pesakit perlu meletakkan kenderaan di Taman 1 Lagenda dan menggunakan perkhidmatan bas "shuttle" yang dikendalikan Panorama dengan kekerapan 10 minit pada waktu kemuncak.
(Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh)
Katanya, parkir berpusat tersebut menyediakan kira-kira 200 petak parkir dan caj pada kadar terendah dikenakan bagi memastikan keselamatan pengguna dan kenderaan masing-masing.
Manakala 1,200 petak parkir yang sedia ada di Hospital Melaka akan dikhaskan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kakitangan yang bertugas di bahagian kecemasan sahaja.
“Parkir ini hanya untuk pelawat yang ada pesakit boleh diturunkan telebih dahulu, turunkan pesakit pun kita tambahkan staff, kita ada staff hospital yang akan mengambil pesakit ini untuk dibawa ke jabatan berkenaan dan mereka yang waris ini boleh terus ke pusat parkir jika membawa empat orang, tiga orang turun dahulu seorang boleh teruskan untuk parkir kereta sahaja. Macam itulah,kita tidak mahu esok jika isu itu dibangkitkan, mereka ingat pesakit kena parkir, pesakit semua kena bawa ke pusat parkir jadi tidak boleh tempat ini sebenarnya kita ada tempat turunkan pesakit memang disediakan,” katanya di sini
Buat permulaan, empat buat bas disediakan bagi tujuan membawa waris pesakit, pelawat dan kakitangan hospital berkenaan.
Bas akan mula beroperasi pukul 6 pagi sehingga 10.30 malam dengan kekerapan 10 minit pada waktu puncak.
Selepas pukul 8 malam pelawat boleh meletakkan kenderaan di dalam Hospital