fb fb fb fb fb

MOT bina litar ujian teknologi pertama di rantau Asia Tenggara

SEPANG, 29 Ogos- Malaysia bakal memiliki Litar Ujian Teknologi kenderaan yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia berikutan pembinaan Litar Ujian Teknologi MIROS (MT3) oleh Kementerian Pengangkutan melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dijangka siap enam bulan lagi.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, pembinaan litar sepanjang satu kilometer ini menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif pada kenderaan di rantau ini.


(Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong)

"Saya berharap pembangunan litar ini dapat menarik pihak swasta dan agensi-agensi yang lain untuk bekerjasama dengan miros bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan agar kenderaan yang berada di pasaran adalah kenderaan yang bertaraf lima bintang dan selamat untuk digunakan."

Tambah beliau MT3 mampu menjalankan ujian kepada kenderaan penumpang, komersial, motosikal serta ujian infrastruktur jalan yang meliputi aspek keselamatan seperti Blind Spot Detection, Anti-Lock Braking System dan banyak lagi.

Selain litar ujian, MT3 akan dilengkapi dengan blok pejabat dan makmal ujian.

Pembinaan MT3 juga selari dengan pelantikan MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN yang akan menyumbang pengetahuan aspek undang-undang jalanraya, pengurusan data, pembangunan piawaian dan kesedaran keselamatan jalaraya kepada negara anggota.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah yang berlangsung di Sepang hari ini. Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dato' Razali Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah MIROS, Dato' Dr. Khairil Anwar Abu Kassim dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Dato' Zailani Hashim.

Media Baharu