fb fb fb fb fb

Remaja 13 tahun maut jatuh kondo

BAYAN LEPAS, 29 Ogos- Seorang remaja maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 kondominium berhampiran sebuah kompleks beli belah di Bayan Lepas.

Mangsa, gadis berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dibumbung tempat letak kenderaan kondominium tersebut.


(Mangsa, gadis berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap)

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi sebelum ibu mangsa membuat panggilan kecemasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan kecemasan pada jam 6.48 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukannya membantu pihak Kementerian Kesihatan dan polis menurunkan mangsa dari bumbung tempat letak kenderaan itu dengan menggunakan tangga.

Ia berikutan ketinggian tempat mangsa jatuh dengan lantai bawah adalah pada jarak kira-kira lima meter.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.45 pagi tadi.

Media Baharu