fb fb fb fb fb

Papan iklan tidak berlesen bahaya, berisiko

(Foto MBNS)

SEREMBAN, 1 Jun- Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pemilik tanah yang membenarkan pemasangan papan iklan yang tidak mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di tanah milik mereka.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia berikutan sudah beberapa kali arahan dan perbincangan telah dibuat namun sesetengah pihak masih memandang enteng perkara tersebut.

"Tuan tanah akan menerima notis yang cukup keras selepas ini. Jika mahu berbuat demikian tiada masalah tetapi perlu mengikut prosedur permohonan syarat yang ditetapkan majlis bandar raya terutamanya dari segi pembinaan," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 243 papan iklan yang tidak berlesen berisiko dan berbahaya kepada pengguna yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang kawasan Seremban hingga Nilai.


(Foto MBNS)

Media Baharu