fb fb fb fb fb

Bumbung runtuh, IKIM diarah ambil langkah segera elak kejadian berulang

(FOTO IKIM)

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Lima petugas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi semalam.

Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar menerusi satu kenyataan berkata, beliau meminta Ketua Pengarah IKIM untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil untuk menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

Katanya lagi, beliau meminta agar pengurusan IKIM mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau turut mendoakan agar kesemua mangsa yang terlibat diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.


(FOTO IKIM)

Media Baharu