fb fb fb fb fb

Pandu secara melulu, jurujual mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT, 6 April- Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki pada Mac lalu.

Pengakuan dibuat Tan Min Chun, 32 tahun dihadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu dalam keadaan melulu dan mengakibatkan Kamarulshahril A Samad, 43 tahun maut di lokasi kejadian.

Kejadian berlaku pada 3.30 petang, 27 Mac lalu.

Pertuduhan dibacakan mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenar ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin manakala 23 April ini tarikh serahan dokumen.


(Pertuduhan dibacakan mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987)

Media Baharu