fb fb fb fb fb

Dua warga Bangladesh maut dihempap jengkaut

(FOTO IHSAN JBPM)

SIMPANG PULAI, 6 April- Dua pekerja warga Bangladesh maut dihempap jengkaut dalam kejadian di Kilang Sri Matec, Simpang Pulai malam tadi.

Kedua-dua mangsa berusia antara 30 dan 40-an.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Sapri Yeop Mohammad, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.17 malam.

Sebaik tiba di lokasi insiden, pihak bomba mendapati terdapat dua pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja di kuari berkenaan telah terperangkap di bawah jengkaut yang terbalik.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dibuat menggunakan peralatan khas dan bantuan jengkaut lain milik kilang tersebut.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


(FOTO IHSAN JBPM)

Media Baharu