KANGAR, 8 April- Sebanyak 400 pek bubur lambuk Maggi diagihkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis khusus buat petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Fauziah.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Persatuan Pandu Puteri bersama Nestle (Malaysia) Berhad bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan serta memberi keceriaan untuk berbuka puasa.
Menurut Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman, program berkenaan dilaksanakan setiap kali bulan Ramadan sejak tahun 2018.
Persatuan Pandu Puteri komited untuk menyokong individu yang memerlukan menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporatnya termasuk inisiatif pengagihan bubur lambuk yang menjadi simbol amalan berkongsi sepanjang bulan Ramadan.
"Saya pun ucapkan terima kasih kepada Nestle Maggi sentiasa sokong kami tiap-tiap tahun dan juga kepada Pengarah Hospital Kangar yang memberi keizinan untuk kami datang di bulan puasa tahun ini," katanya.
(Foto fail)
Beliau ditemui pada Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Nestle (Malaysia) Berhad di Hospital Tuanku Fauziah.
Amalan berbuat kebaikan dan berkongsi rezeki pada bulan Ramadan adalah selaras dengan perkongsian rahmat dan sumber pendapatan dan program ini akan terus dilaksanakan setiap kali Ramadan.
Turut hadir, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Dr Nordin Mohamed.