fb fb fb fb fb

9,000 kanak-kanak terima bantuan raya kerajaan Perak

IPOH, 8 April- Seramai 9,000 kanak-kanak kurang berkemampuan di Perak menerima bantuan raya menerusi Program "Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2023".

Bantuan berupa baucar RM150 seorang itu diberikan bagi meringankan beban golongan itu membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata dengan baucar tersebut penerima boleh membeli kelengkapan dan pakaian di pasar raya terpilih.

"Semua penerima dari 59 DUN tu dapat tetapi untuk DUN pembangkang diuruskan oleh sekretariat wanita," kata Saarani selepas merasmikan program tersebut di Kamunting.

Sementara itu, penerima yang ditemui mengharapkan lebih banyak program seumpama itu dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah bersyukur sangat dapat ringankan beban saya kalau tidak pening juga tiga orang sekali, untuk diri sendiri memang tak fikir " kata penerima, Noramiza Che Pie.

"Program ini bagus kalau boleh lepas ni boleh diteruskan lagi," kata seorang lagi penerima Ainur Mat Ridzuan.

"Memang seronoklah sebab Yang Amat Berhormat bagi bantuan jagi kurangkan sikit la beban ibu nak belanja semua," kata penerima bantuan Mohd Zulfikri Zulfazli.

Program tersebut adalah anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sekretariat Wanita Perak serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

(Datuk Seri Saarani berkata 9,000 kanak-kanak terima bantuan raya kerajaan Perak)

Media Baharu