fb fb fb fb fb

Pan borneo fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2023

Foto fail

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kementerian Kerja Raya(KKR) sedang melaksanakan pelbagai pelan integrasi pembangunan Pan Borneo dalam memastikan kelancaran dan kelangsungan projek tersebut.

Antaranya dengan menyelaraskan semula jadual pembinaan serta lanjutan tempoh pembinaan projek tersebu.

Manakala bagi baikpulih kerosakan, penyelengaraan projek tersebut akan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sarawak.


(Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof)

Dalam pada itu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, bagi penyelenggaran projek yang akan tamat tempoh pula, kerajaan sedang meneliti beberapa keadah dan model penyelenggaran bersama agensi pusat.

"Pakej Telok Melano ke Semantan telah siap sepenuhnya pada 6 januari 2019 seksyen Julau bagi pakej kerja 07 persimpangan Bintagor ke persimpangan Julau telah siap pada 28 oktober 2021 seksyen Serian bagi pakej kerja 03 bulatan Serian ke balai Riggin telah siap pada 4 disember 2021 an seksyen Nyabau bagi pakej kerja 10 persimpangan nyabau ke sg tangap telah siap pada 26 januari 2022," katanya ketika menjawab pertanyaan dari wakil Tanjong Manis, Yusuf Abd. Wahab.

Projek Pan Borneo sarawak salah satu projek inisiatif kerajaan persekutuan bagi menambah baik jaringan jalanraya di sarawak

Sehingga mei 2022, 84 peratus projek berkenaan bagi fasa pertama telah pun siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2023.

Media Baharu