KUALA LUMPUR, 27 Julai- Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus ketika ini.
Menerusi catatan Facebook TNB Careline kira-kira 1.23 tengah hari mengesahkan berlaku gangguan bekalan elektrik, namun tidak menyenaraikan kawasan yang terlibat.
"Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
"Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian.
"Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
"Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.
Sementara itu, menerusi tinjauan terhadap laporan pengguna di media sosial, setakat pukul 1.45 petang, antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Beberapa pusat beli-belah di ibu negara turut dilaporkan mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
(Foto hiasan/BERNAMA)