fb fb fb fb fb

5 pembukaan Pasar Tani seluruh Perlis, perluas produk usahawan tempatan

ARAU, 27 Julai - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis terus memperluaskan pemasaran produk dalam kalangan usahawan bimbingan menerusi pembukaan lima Pasar Tani seluruh negeri itu.

Dengan nilai jualan mencecah RM500,000 setiap bulan, pembukaan Pasar Tani dengan melibatkan lebih 100 usahawan membolehkan pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan selain segar dan berkualiti.

Menurut Exco Negeri, Nurulhisham Yaakob pelaksanaanya bagi membantu pengguna yang kini terbeban dengan kenaikan harga barangan dan langkah dilaksanakan FAMA ini mampu membantu pengguna mengurangkan perbelanjaan bagi mendapatkan barangan keperluan.

Harga ditawarkan antara 10 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran biasa menjadikan Pasar Tani antara pilihan pengguna.

Ketika ini masing-masing dua Pasar Tani dibuka di Taman Sena Indah dan Simpang Empat serta tambahan satu lagi Pasar Tani di Jejawi yang beroperasi mulai hari ini.

(Nurulhishamn bercakap kepada RTM meninjau
Jualan Istimewa Sempena Pembukaan Pasar Tani Jejawi di Jejawi)

"Kita juga akan membuka lagi yang mudah didapati di beberapa tempat yang kita tak beri lagi. Harapan kita bahawa kita dapat membantu terutamanya golongan-golongan yang berpendapatan rendah terutamanya rakyat Perlis. Para peniaga kita ambil bawah program FAMA untuk peniaga-peniaga golongan B40 yang pendapatan kurang daripada RM4,000 dan banyak bekalan-bekalan yang peniaga jual seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging hasil daripada usaha mereka," kata Nurulhisham di sini.

Program yang berlangsung bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap Rabu itu, melibatkan 35 usahawan yang memasarkan jualan barangan kawalan, produk segar, buah-buahan tempatan serta produk Industri Asas Tani serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Media Baharu