fb fb fb fb fb

Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi Ke-3 (RIUH NAU!), sasar 30,000 pengunjung

BANDAR HILIR, 27 Julai - Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi Ke-3 (RIUH NAU!) mensasarkan lebih 30,000 pengunjung bagi memeriahkan program itu yang bertempat di Dataran Pahlawan pada 5 hingga 7 Ogos depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures, Junady Nawawi edisi di Melaka kali ini bertujuan mempromosikan dan mengetengahkan industri kreatif hasil kerja artis-artis tempatan.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, bengkel kreatif kasut manik, permainan rakyat dan banyak lagi.

(Junady bercakap kepada pemberita dalam sidang media Kembara Riuh
Keluarga Malaysia Edisi Ke-3 (RIUH NAU!))

"Dari segi kelainan program ini pada asalnya tertumpu kepada Lembah Klang ini, pertama kali tahun ini kita bawa konsep ini,keluar daripada Lembah Klang dan ke negeri-negeri lain. Dari segi kelainan itu, kami menyesuaikan konsepnya sesuai dengan komuniti setempat dan kesesuaian dari segi kebudayaan dan sebagainya," kata Junady di sini.

Majlis perasmian dijangka akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Media Baharu