fb fb fb fb fb

Kerajaan meluluskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Tawau, Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan telah meluluskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Tawau, Sabah bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan di Sungai Tawau.

Pelaksanaan yang melibatkan dua fasa dijangka akan disiapkan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12.)

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, Fasa satu terbahagi kepada dua pakej yang berjumlah RM50 juta dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2024.


(Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Jabatan Pengairan dan Saliran JPS juga telah mengemukakanpermohonan untuk Fasa Dua dalam Rolling PlanKetiga RMKe-12 yang dianggarkan berjumlah RM150 juta.

"Bagi projek fasa satu, pakej tiga melibatkan kerja kerja menaiktaraf jambatan sungai apas dan pakej 4 menaiktaraf sungai taraf sehingga ke muaranya . status semasa kemajuan projek ini adalah 29 peratus berbanding jadual 19 peratus untuk projek fasa dua pula, pakej 1 melibatakn kerja menaiktaraf sungai tawau dari sungai tanjung outlet hingga ke jambatan
sungai apas dan pakej 2 melibatkan kerja kerja menaiktaraf sungai tawau dari jambatan apas hingga ke sungai rakis," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Tawau Datuk Liew Chin jin

Media Baharu