fb fb fb fb fb

Dua kereta bertembung, seorang maut, enam cedera

HULU TERENGGANU , 27 Julai- Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris dekat Selekoh Kampung Tajin, di sini.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV dan sebuah kereta.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Ruzaini Daraman,55 tahun.

Dalam kejadian tersebut, kereta mangsa yang membawa dua penumpang dari arah Kuala Berang menghala ke Kg Kuala Jeneris, dikatakan masuk ke laluan bertentangan yang digunakan MPV berkenaan dan menyebabkan berlakunya pertembungan.

Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

(Foto fail)

Manakala enam lagi cedera berusia antara 6 hingga 79 tahun dirawat di Hospital Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superitenden Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Media Baharu