fb fb fb fb fb

AADK Perlis himpunkan 40 klien bakal tamat sertai Kem Kepulihan bersama Klien Komuniti

JITRA, 27 Julai- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menghimpunkan 40 orang klien bakal tamat pengawasan dalam tempoh enam bulan bagi menyertai Kem Kepulihan bersama Klien Komuniti di Kem Paya Pahlawan, di sini.

Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad berkata, Kem Kepulihan Klien Komuniti ini merupakan salah satu strategi di bawah transformasi Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) yang diterjemahkan melalui ModeI I-Pulih.

Ia mensasarkan klien- klien komuniti yang bakal menamatkan perintah pengawasan selama enam bulan yang mampu meningkatkan kadar kekal pulih melalui pengukuhan pelbagai dimensi I-Pulih.

Aktiviti Kem Kepulihan bersama Klien Komuniti

Program ini melibatkan sepenuhnya gabungan aspek biologi, psiko-sosial dan psiko-spiritual bagi memupuk dan mengukuhkan jatidiri dan berdaya menolak sebarang pengaruh dadah.

Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam soal ibadat dan muamalat dapat membawa peserta mengintegrasikan diri dalam masyarakat agar menjadi generasi yang bermanfaat buat keluarga, agama, bangsa dan negara.

Media Baharu