fb fb fb fb fb

Jabatan Penjara Malaysia beri kerjasama kepada PDRM bantu siasatan

JOHOR BAHARU, 27 Julai - Jabatan Penjara Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang banduan lelaki, Kim Shih Keat, di Penjara Kluang, Johor, 28 Jun lalu.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abd Razak berkata, tindakan mahkamah akan dikenakan keatas mana - mana pegawai penjara, yang didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul sebarang isu berkaitan layanan terhadap banduan, yang dijalankan mengikut Akta Penjara 1995, selain mengikut peraturan hak asasi manusia antarabangsa.

Justeru, beliau memberi jaminan kepada masyarakat, bahawa intitusi penahanan negara, adalah selamat.


(Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) , Datuk Abdul Aziz Abd Razak)

"Penjara ini memang kita memberi layanan pesalah semua sama, dari segi kesihatan kita ada doktor kita ada pembantu kesihatan, kita ada pegawai - pegawai kita yang termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada dalam penjara ni, kita ada pegawai pemulihan, psikologi," katanya.

Selain itu, petugas perubatan juga ditempatkan di penjara, bagi memberi rawatan kepada banduan yang memerlukan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup Perujian Tilawah, Tafsir, dan Menghafaz Al - Quran Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2022 di Kluang.

Program menyaksikan penyertaan 386 penghuni penjara dari seluruh negara, dengan 143 penghuni dan tahanan, berjaya memasuki peringkat akhir.

Inisiatif tersebut adalah usaha menjadikan penjara sebagai Pusat Pembangunan Ketamadunan Budaya Kemanusiaan.


Media Baharu