fb fb fb fb fb

Akta SOSMA dibahaskan di dewan negara hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Persidangan khas Dewan Negara berlangsung hari ini bagi membahaskan usul lanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Usul dibahaskan di Dewan Negara selepas diluluskan di Dewan Rakyat menerusi Undi Bahagian semalam.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin)

Usul diluluskan Dewan Rakyat menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 88 tidak bersetuju dan 21 tidak hadir.

Dalam pembentangan di Dewan Negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Subseksyen 4(5) perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

"Peruntukan subseksyen 4(5) akta ini, memberi ruang masa yang cukup kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kerana siasatan kes-kes yang melibatkan kesalahan keselamatan terutamanya jenayah keganasan dan jenayah terancang adalah rumit dan kompleks serta memerlukan masa untuk dilengkapkan," katanya.

Media Baharu