fb fb fb fb fb

Palsukan sijil vaksinasi, jemaah umrah mesti jujur dalam ibadah



PUTRAJAYA, 11 Januari- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad menzahirkan rasa kesal terhadap sesetengah jemaah umrah yang sanggup bertindak memalsukan sijil vaksinasi bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah tersebut di Mekah.

Menurutnya, jemaah umrah perlu jujur dalam melakukan sebarang tindakan terutamanya dalam perkara yang melibatkan pelaksanaan ibadah di tanah suci itu.

"Benda-benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku macam tu, kerana pertamanya kita nak pergi tempat-tempat suci saya yakin dan percaya orang-orang nak pegi umrah ni walaupun dia ada sumber-sumber pendapatan yang tak betul tapi nak pergi umrah haji, dia akan pastikan wang tu memang wang daripada yang betul-betul halal, 100% halal jadi tiba-tiba dia buat macam tu dia tak berapa nak kena sangat lah" kata Idris.

Pihaknya akan memanggil agensi pengendali umrah terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Kementerian Pelancongan.

Beliau juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah tersebut segera bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sama di masa akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang terjejas banjir di Kompleks Islam Putrajaya.

Media Baharu