fb fb fb fb fb

Pakar bom Abu Sayyaf masih hidup, kembali dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki


LAHAD DATU, 30 Januari-
Anggota Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan mati selepas ditembak pada Mei 2021 di Filipina, masih hidup.

Perkara itu disahkan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Hamzah Ahmad

Maklumat diperoleh menerusi perkongsian informasi risikan daripada pasukan keselamatan Filipina membabitkan Joint Task Force Sulu dan Western Mindanao Command.

Mudzrimar dilaporkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pasukan keselamatan Filipina dengannya, sejak Julai tahun lalu.

Susulan perkembangan terbaharu itu, dia kini dimasukkan semula dalam senarai individu dikehendaki pihak berkuasa membabitkan jenayah rentas sempadan dan Culik Untuk Tebusan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Mudzrimar, anak saudara kepada pemimpin kanan Abu Sayyaf iaitu Hatib Hajan Sawadjaan, memiliki kepakaran membuat bom.

Dia terlibat merancang beberapa insiden letupan di Jolo, Filipina pada 2020.

Media Baharu