fb fb fb fb fb

JKMPay: masih di peringkat kajian- Rina Harun


KELANA JAYA, 30 Januari
- Pelaksanaan Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai, JKMPay merupakan projek rintis dan hanya melibatkan penerima baharu bantuan kewangan bulanan Persekutuan tanpa melibatkan penerima bantuan sedia ada.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjelaskan pihaknya telah melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis Tanpa Tunai melibatkan 1,066 orang penerima bantuan.

"Pertamanya, bila kita dah mengadakan sebagai contoh, kita mengadakan di Perlis ataupun di Kedah, ia sememangnya tidak boleh terus dilaksanakan begitu sahaja. Kita ada perbincangan dengan kerajaan Negeri, kita ada perbincangan dengan pemegang- pemegang taruh.

"Kita juga telah bawa kepada Majlis OKU. Jadi yang ini juga merupakan projek rintis dan kita ada kajian yang dibuat. Dan sekarang ni sudah setahun dan kita akan libatkan lebih ramai lagi sebelum kita perluaskan ke seluruh negara," katanya pada dalam Program Menyantuni Pusat Jagaan OKU sempena Tahun Baharu Cina di Kelana Jaya.

JKMPay dilaksanakan antara lainnya bagi membantu penerima bantuan JKM mengawal perbelanjaan dengan mendapatkan barangan yang benar-benar diperlukan seperti barangan keperluan, makanan dan ubat-ubatan.

Setiap data dan pandangan sepanjang pelaksanaan projek rintis akan diteliti dan diambil kira sebelum sebarang keputusan pelaksanaannya secara menyeluruh dibuat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan susulan memorandum bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelaksanaan projek ini.

Media Baharu