fb fb fb fb fb

Pahang: Jumlah penduduk terjejas banjir masih kekal sama

 
KUANTAN, 9 Januari- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 301 porang penduduk terjejas banjir masih berada di lapan PPS tidak berubah dari malam tadi. 

Setakat pukul 12 tengahari tadi, penduduk berkenaan daripada 85 buah keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Daerah Pekan mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 161 orang diikuti Rompin 79 orang dan Maran dengan 61 orang. 

Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca baik di Pekan dan Rompin sepanjang hari manakala Maran dijangka mengalami hujan di sesetengah kawasan pada tengah hari ini.



Media Baharu