fb fb fb fb fb

Johor: Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit menurun

 

 



JOHOR BAHRU, 9 Januari- Banjir di empat daerah di Johor mula beransur pulih.

Sehingga pukul 12 tengah hari, bilangan penduduk terjejas berkurangan kepada tiga ribu, 489 orang berbanding 3 ribu 714 orang, 8 pagi tadi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, Pusat Pemindahan Sementara, PPS Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam di Segamat, ditutup 8
pagi.

Beliau berkata empat daerah masih terjejas banjir melibatkan 1,063 keluarga yang ditempatkan di 47 PPS dengan Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,679 orang, diikuti Muar (1,190), Tangkak (712) dan Batu Pahat (133).

“Cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah termasuk daerah yang terjejas banjir," katanya.

Sementara itu, beliau berkata empat sungai kekal melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat; Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar; Sungai Muar di Panchor, Muar; dan Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar.






Media Baharu