TAWAU, 9 Januari - Dua rentung dan 7 lagi melecur sehingga 82% dalam kejadian kebakaran di Lorong Sungai Buaya Batu 2 setengah, Jalan Tawau Lama.
Mangsa rentung ditemukan masing-masing pada pukul 4.45 pagi dan 5.50 pagi tadi oleh pihak Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, JuliusJohn Stephen Jr mengesahkan penemuan itu namun identiti keduanya masih belum dipastikan.
Katanya,pada kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu hampir 40 buah rumah jenis tidak kekal musnah 100%.
Pihak JBPM Tawau tidak dapat memastikan bilangan penduduk ketika ini kerana kawasan terlibat kebakaran sebahagian besarnya adalah setinggan.
Jelasnya,pihaknya JBPM Tawau menerima panggilan kira-kira pukul 12:31 tengah malam,seterusnya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal kebakaran padapukul 2.07 pagi.
Operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada awal pagi tadi iaitu pukul 6:20pagi.