fb fb fb fb fb

Demam babi merebak ke 16 ladang babi komersil di Paya Mengkuang

MELAKA, 9 Januari - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) mengesahkan demam babi afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang Masjid Tanah.

Ketua Pengarahnya, Dr Norlizan Mohd Noor, melalui satu kenyataan menyebut, JPV telah menguatkuasakan 'stamping out policy' untuk mengawal dan mencegah penyebaran ASF dengan memusnahkan babi ladang yang telah disahkan positif penyakit tersebut.

"Pemunsnahan babi akan menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) berdasarkan garis panduan tata amalan kebajikan haiwan-pengurusan pembuangan haiwan, sebelum dikebumikan secara betul."

"Sebanyak 1,864 babi disahkan ASF positif di kawasan Paya Mengkuang juga telah dimusnahkan," kata Dr Norlizan.

Tambahnya, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang babi di Paya Mengkuang terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut.

Pemantauan dan ujian juga dijalankan untuk semua ladang babi di seluruh negara.

Dr Norlizan turut menggesa penternak babi dan orang awam segera melaporkan mana-mana ​​kematian babi hutan, baki kamoung atau babi komersil ke Pejabat Perkhidmatan Veterina Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri berdekatan.

Media Baharu