fb fb fb fb fb

Padah melakukan aksi 'wheelie', 6 remaja ditahan

(Foto ketika Op Samseng Jalanan dijalankan di Kelantan)

KOTA BHARU, 21 Ogos- Enam remaja menerima padah apabila ditahan polis selepas melakukan aksi 'wheelie' dalam Op Samseng Jalanan di tiga daerah di Kelantan sejak Khamis lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, remaja berusia 14 hingga 19 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kelantan yang melakukan operasi di Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat.

Remaja terbabit ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) dimana aksi tersebut amat merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Datuk Muhamad Zaki berkata, merempit merupakan kesalahan yang serius.

Sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Bagi kesalahan kali kedua, boleh di penjara tidak lebih 10 tahun dan denda RM10,000 hingga RM20,000.

(Foto remaja ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Kelantan)

Ibu bapa juga akan di saman sekiranya membenarkan anak menunggang motosikal dengan tiada lesen atau menunggang motosikal bawah umur.

Sementara itu menurut beliau, hasil operasi yang dijalankan di ketiga-tiga daerah, polis mengeluarkan 60 notis saman kepada pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lima buah buah motosikal turut disita dalam op berkenaan.

 

Media Baharu