fb fb fb fb fb

Dua PPS banjir di Johor ditutup

(Banjir yang melanda Johor Bahru petang semalam akibat hujan lebat berterusan selama dua jam)

JOHOR BAHRU, 21 Ogos - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Johor Bahru yang menempatkan 77 penduduk daripada 25 keluarga ditutup pukul 6 petang tadi.

Penduduk kembali semula ke kediaman masing-masing selepas air surut dan cuaca baik sepanjang hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan, Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai yang sebelum itu menempatkan 35 penduduk mula dibuka pukul 7 malam semalam, akibat hujan lebat berterusan selain pembukaan pintu air Sungai Skudai.


(Foto fail)

Manakala lebih 40 penduduk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, sejak pukul 8 malam semalam.

Penduduk mula kembali secara berperingkat sejak tengah hari tadi, selepas membersihkan kediaman masing-masing.

Pelbagai agensi terlibat sepanjang PPS beroperasi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan, RELA, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Media Baharu