fb fb fb fb fb

Pacu ekonomi kitaran, Malaysia disasar jadi hab biojisim - PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Malaysia mampu muncul sebagai hab biojisim menerusi pembangunan ekonomi kitaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata ia menerusi pendekatan menggunakan bahan mentah daripada sisa buangan atau lebihan dalam rantaian sektor agrikomoditi yang mampu memacu pembangunan ekonomi kitaran.

Ia termasuk menjadikan sumber biojisim agrikomoditi sebagai antara komponen penting dalam ekonomi kitaran.

"Pada masa yang sama, pendekatan untuk menggunakan bahan mentah daripada sisa buangan atau lebihan di sepanjang rantaian nilai sektor agrikomoditi, juga diberi tumpuan bagi memacu pembangunan ekonomi kitaran ekonomi kitaran (circular economy).

"Ini termasuk menjadikan sumber biojisim agrikomoditi sebagai antara komponen penting dalam ekonomi kitaran yang berupaya menghasilkan produk nilai tambah, sekali gus membolehkan malaysia bakal muncul sebagai hab biojisim.keupayaan sasaran ini juga sesuai dengan status negara sebagai pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia dan penyumbang terbesar dalam industri biojisim," kata Ismail.

Tambah beliau usaha menggunakan bahan sisa agrikomoditi itu sebagai altenatif kerana menyedari seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan cabaran sekuriti makanan akibat ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim.

Beliau berkata perkembangan itu menjejaskan rantaian bekalan makanan kerana ada negara menghentikan eksport bahan makanan untuk keperluan haiwan ternakan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut berharap sektor agrikomoditi dapat membantu negara menjana semula ekonomi dan mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat.

Beliau menyatakannya pada Majlis Perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES), di ibu negara.

Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin serta Menteri Sains dan Teknologi Datuk Seri Dr Adham Baba.

MIACES anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berlangsung di Pusat Pameran dan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula hari ini hingga Khamis melibatkan penyertaan lebih 350 syarikat daripada 39 negara.


(Perdana Menteri berucap pada Majlis Perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak
Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) di Kuala Lumpur)

Media Baharu