fb fb fb fb fb

Gunung Inas dijadikan hutan perlindungan, berfungsi sebagai kawasan tadahan air

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia mencadangkan kerajaan negeri Kedah menjadikan Gunung Inas sebagai hutan perlindungan yang berperanan menjadi kawasan tadahan air. Cadangan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) itu dibuat agar kawasan itu tidak boleh 'diusik' serta dapat memberi jaminan keselamatan kepada rakyat di kawasan itu khususnya.

Sekali gus, memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Baling yang dilanda banjir pada 4 Julai lalu. 


(Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan)

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kerajaan negeri turut diminta menanam semula pokok di gunung berkenaan yang dijadikan tapak projek penanaman durian hibrid. 

"Saya kira ini di bawah kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan negeri Kedah, sama ada 5000 pokok di 52 hektar nak dihapuskan itu terpulang, tapi jabatan perhutanan sekitar ambil langkah lakukan penamanan tanaman semula seluas 5000 hektar, nak ditebang atau hendak dikekalkan dan ditambah di kawasan belum ditanam itu di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan nasihatkan, pandangan bukan penguatkuasaan," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim di Parlimen.

KeTSA juga katanya telah menghantar surat pemakluman rasmi perihal Langkah Kewaspadaan Awam Di Kawasan Tadahan Gunung Inas kepada kerajaan negeri Kedah pada 22 Julai lalu.

Media Baharu