fb fb fb fb fb

Makluman gangguan air di Wilayah Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Sebanyak 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor, bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan media, gangguan tersebut berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa (LRA Sg Rasa).

Gangguan tersebut dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi, 9 Ogos dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 1.00 pagi, 11 Ogos.

Pelaksanaan kerja tersebut telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan pengguna.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat pada 10 Ogos setelah kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap, dan seterusnya apabila sistem agihan bekalan air stabil.

Dalam pada itu, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas terutama premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Pelanggan yang terjejas turut dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.


(Foto hiasan)

Media Baharu