fb fb fb fb fb

P. Pinang catat pelaburan lebih RM190 bilion selepas COVID-19

Sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Komtar

GEORGE TOWN, 7 Ogos - Pulau Pinang mencatatkan pelaburan sebanyak RM191.4 billion bagi tempoh lima tahun selepas pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 hingga suku pertama 2025.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, ia sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai destinasi utama pelaburan bagi sektor pembuatan berteknologi tinggi.

Ia juga berjaya mewujudkan lebih 79,000 pekerjan baharu hasil pelaburan tersebut kepada penduduk setempat.

"Bagi tempoh lima tahun ini, mencipta peluang pekerjaan sebanyak 79,498 susulan dengan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh yang sama.

"Pendirian dan tindakan kerajaan negeri adalah terbuka. Kita mengalu-alukan semua warga Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di Pulau Pinang susulan kejayaan pelaburan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Komtar, di sini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan InvestPenang, Pulau Pinang merekodkan pelaburan sebanyak RM6.7 billion dengan 4,577 pekerjaan baharu diwujudkan bagi suku pertama 2025.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI