GOMBAK, 13 Mei- Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor menggerakkan unit kenderaanya Info On Wheel (IOW), membantu membuat hebahan umum mempelawa orang ramai memeriahkan acara kemuncak sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Selangor, di Taman Sri Gombak, esok.
Pengarahnya, Normaizatulakmal Tujad berkata lokasi hebahan dibuat sekitar kawasan gombak, Selayang dan Hulu Klang.
"Kami sebagai agensi yang telah dilantik tentulah mengharapkan kehadiran pengunjung yang ramai, melimpah ruah.
"Sasaran kita 20,000 hingga 30,000 orang hadir, merapatkan ukhwah dan itu antara elemen yang ditekankan Malaysia Madani dan datanglah beramai-ramai rakyat negeri Selangor," katanya.
(Normaizatulakmal Tujad)
Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Selangor, di sini.
Dalam masa sama, menurut Normaizatulakmal, hebahan umum berkaitan risiko serangan strok haba dan langkah-langkah pencegahan turut dilakukan.