LABUAN, 13 Mei- Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 bermula pagi tadi dengan beberapa acara telah berlangsung di perkarangan pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, di sini.
Antaranya pertandingan Ragbi Pantai lima sebelah membabitkan tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Campuran dengan penyertaan daripada 22 pasukan.
Selain itu, bagi acara Bola Tampar ia melibatkan dua kategori iaitu pasukan lelaki terbuka dan pasukan wanita terbuka.
Manakala, bagi acara Petanque Pantai sebanyak 57 pasukan terlibat dalam pertandingan itu, membabitkan dua kategori iaitu “Double Open” dan “Double Open” bawah 18 tahun.
Sementara itu, acara utama yang telah berlangsung iaitu Cabaran Renang Merentasi Pulau Papan disertai hampir 100 orang peserta.
Pelepasan acara berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Labuan Tn Hj Rithuan Mohd Ismail.
Dalam pada itu, pelbagai acara sampingan juga turut berlangsung antaranya Pertandingan sukaneka Pantai dan karnival kesihatan.
(Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023)