fb fb fb fb fb

KPKT lulus RM8.94 juta, selenggara kolam tadahan air seluruh Johor

JOHOR BAHRU, 13 Mei- Sejumlah RM8.94 juta diluluskan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk penyelenggaraan kolam tadahan air seluruh Johor.

Peruntukan melibatkan 28 projek kolam tadahan air, disalur kepada 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu.

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, 28 kolam tadahan air berkenaan perlu siap tahun ini kerana termasuk dalam Belanjawan 2023.

"Pada masa sama, saya masih mengalu-alukan YB Datuk Bandar sekiranya ada lagi senarai kolam takungan yang mana bersesuaian untuk kita selenggara lagi, tambah lagi, Insya-Allah yang itu kalau rezeki baik, hari isnin kita boleh terus teliti," katanya.

(Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Penyerahan Peruntukan Projek Kolam Tadahan Pangsapuri Taman Larkin Idaman, Plot C, di sini hari ini.

Sejumlah RM500,000 diluluskan KPKT untuk menyelenggara kolam tadahan pangsapuri berkenaan, yang turut melibatkan kerja mendalam dan membina semula kolam bagi mengelak hakisan.

Ia dijangka siap pada November.

Media Baharu