fb fb fb fb fb

Perak kaji pelaksanaan sifar beg plastik

BATU GAJAH, 13 Mei- Kerajaan negeri Perak sedang mengkaji pelaksanaan sifar penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di negeri itu.

Ia susulan pengumuman Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa kerajaan Persekutuan menyasarkan tiada penggunaan beg plastik menjelang 2025 di seluruh negara dalam sektor perniagaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching, polisi tersebut akan dibawa dalam mesyuarat exco dan dibincangkan supaya kaedah pelaksanaannya nanti boleh diteliti serta diselaraskan dengan peringkat Persekutuan.

"Sangat penting untuk bagaimana kita memastikan agensi kerajaan dan orang awam bersedia supaya ia dapat berjaya.

Kita sedang dalam usaha merangka dan juga kita banyak ambil kira faktor dari segi perkembangan sains dan teknologi apabila kita nak melarang penggunaan sesuatu bahan itu," kata Sandrea ketika merasmikan Eco Green Market di Pasar Awam Batu Gajah.


(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching ditemui media
ketika merasmikan Eco Green Market di Pasar Awam Batu Gajah)

Ujarnya, pengalaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan kempen berkaitan sebelum ini akan diambil kira bagi memastikan pelaksanaannya lebih efektif.

Berikutan PBT antara agensi pelaksana yang paling rapat dengan komuniti dan sentimen pengguna boleh dikenalpasti.

Media Baharu