fb fb fb fb fb

Orang ramai dinasihat waspada, garis badai berpotensi bawa hujan lebat dan angin kencang

FOTO FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 9 Mei– Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena garis badai yang semakin kerap berlaku ketika Monsun Barat Daya.

Garis badai merujuk kepada kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk satu barisan panjang di laut dan bergerak ke daratan, lazimnya berlaku pada waktu pagi dan malam.

"Fenomena ini berpotensi membawa hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, selain disertai dengan angin kencang, guruh dan petir.

"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk segera berlindung di tempat yang selamat sekiranya mendapati keadaan cuaca mula menunjukkan tanda-tanda ribut atau kilat," jelas MetMalaysia.

MET Malaysia turut menyeru orang ramai untuk terus mengikuti maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman web rasmi di www.met.gov.my serta aplikasi myCuaca yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Saluran Telegram rasmi MET Malaysia di https://t.me/metmalaysia juga menyediakan kemas kini pantas berkaitan perubahan cuaca.

"Orang ramai digalakkan untuk sentiasa cakna dan tidak mengambil mudah terhadap amaran cuaca demi keselamatan diri dan keluarga," menurut kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE