fb fb fb fb fb

Nurul Izzah sah bertanding Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar telah memfailkan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR)./ Foto Bernama

GEORGE TOWN, 9 Mei- Nurul Izzah Anwar telah memfailkan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata pencalonan Nurul Izzah disenaraikan dalam portal pencalonan rasmi PKR, petang tadi.

Sim yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden ketika dihubungi turut mengesahkan pencalonan Nurul Izzah.

Setakat jam 4.30 petang, portal berkenaan hanya memaparkan nama Nurul Izzah sebagai calon tunggal bagi jawatan nombor dua parti itu.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR.

MOHAN CHINNASAMY