fb fb fb fb fb

Orang ramai dinasihat patuh arahan larangan bermain mercun pada musim perayaan

GEORGE TOWN, 28 Januari - Permainan mercun sempena Tahun Baharu Cina adalah dilarang dan ia tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata permainan mercun oleh kaum Tiong Hua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina adalah tidak dibenarkan.

"Sekarang ini apa yang dimaklumkan, semua penggunaan mercun tidak dibenarkan oleh kerajaan, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada semua kaum Tiong Hua untuk sama-sama menghormati arahan kerajaan yang telah ditetapkan," kata Shuhaily kepada pemberita selepas program Walkabout di pasar Jalan Perak sempena Ops Selamat, di sini.

Ops Selamat bertujuan untuk meningkatkan rondaan anggota polis di kawasan tumpuan bukan sahaja kerana isu jenayah malah untuk mengawal pergerakan lalu lintas.

Untuk rekod, Pulau Pinang akan mencatatkan kehadiran lebih 50,000 orang ke negeri itu untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini dan diharap semua warga Pulau Pinang akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Media Baharu