fb fb fb fb fb

Orang ramai dialu-alukan ke Pameran Awam Pembangunan Semula KSSA

SHAH ALAM, 5 Februari - Lebih ramai pengunjung disasarkan hadir ke pameran Pameran Awam Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di pusat beli belah SACC Mall, di sini.

Pengurus Besar Unit Projek Khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz berkata, ia sekali gus membantu memberi maklum balas atau cadangan pembangunan semula KSSA ini hingga 10 Februari ini.

"Dalam libat urus ini inilah kali pertamanya pihak MBI mempamerkan model dan juga penerangan mengenai cadangan kita dan kerajaan untuk mengadakan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini di seksyen 13 Shah Alam. Jadi kita harap seberapa ramai orang datang ke premis ini SACC Mall supaya kita dapat pandangan, sebenarnya pandangan-pandangan itu semua kita akan ambil kira dalam reka bentuk kita," kata Ir Ruslan di sni.

Rata-rata pengunjung memberi maklum balas positif dan bersetuju dengan pembangunan semula kompleks sukan itu.

(FOTO RTM)

Pelan cadangan Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.

Media Baharu