fb fb fb fb fb

Ops TBC: JPJ Perlis keluarkan 503 saman

ARAU, 27 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan sebanyak 503 saman sepanjang Ops Tahun Baharu Cina (TBC) bermula 18 Januari hingga semalam.

Tindakan berkenaan hasil pemeriksaan terhadap 4,742 kenderaan dengan 191 daripadanya dikenakan tindakan melibatkan 424 kesalahan.

Menurut Pengarah JPJ Negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, antara kesalahan dilakukan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 96 kes, kesalahan teknikal sebanyak 91 kes, tiada perlindungan insurans, 84 kes dan tiada lesen memandu mencatatkan sebanyak 73 kes.


(Ops TBC yang dilaksanakan oleh JPJ Perlis)

Selain itu, kesalahan lain yang turut dikesan ialah melibatkan 12 kes bagi 7 kesalahan utama, lesen memandu tamat tempoh 9 kes, tiada lesen kenderaan motor dengan 2 kes, pemalsuan nombor pendaftaran dengan 1 kes, notis penyitaan terhadap 63 kenderaan serta lain-lain kesalahan.

Kesalahan tertinggi melibatkan lesen memandu dan lesen kenderaan motor. Pelbagai program pendidikan dan advokasi yang telah dilaksanakan JPJ, namun masih ramai tidak mengambil berat terhadap kesalahan tersebut.

Ops Tahun Baharu Cina akan berakhir tengah malam ini dan secara keseluruhan melibatkan penugasan seramai 145 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan tumpuan di 14 lokasi utama berlakunya kemalangan serta stesen Bas Ekspres Kangar.

Media Baharu