fb fb fb fb fb

Daerah Tangkak pula alami banjir, 15 individu terpaksa berlindung di PPS

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 27 Januari- Daerah Tangkak menjadi daerah terbaru yang terjejas banjir di Johor, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 15 orang yang berlindung di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Balai Raya Kampung Durian Chondong.

Bilangan penduduk juga meningkat kepada 4,868 orang berbanding 4,853 orang yang berlindung di 50 PPS.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, daerah Mersing mencatatkan penduduk terjejas tertinggi dengan 1,793 orang daripada 512 keluarga di 11 PPS.

Kluang masih kekal dengan 1,173 orang daripada 321 keluarga di tujuh PPS manakala Kota Tinggi dengan 900 orang daripada 224 keluarga di 11 PPS.

490 orang daripada 138 keluarga ditempatkan di 11 PPS di Segamat dan 358 orang daripada 100 keluarga di enam PPS yang dibuka di Batu Pahat.

Penduduk terjejas banjir di Muar masih 121 orang daripada 29 keluarga di dua PPS dan Pontian kekal 18 orang daripada empat keluarga di sebuah PPS.

Setakat hari ini, 20 PPS sudah ditutup di Johor.


(Foto Fail)

 

Media Baharu