fb fb fb fb fb

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang alami kelewatan

KUALA LUMPUR, 27 Januari– Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang kini sedang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan tersebut akan dijalankan dengan kelajuan yang perlahan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.


(Foto hiasan)

"Pemerhatian awal menunjukkan ini adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.

"Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan", menurut kenyataan itu.

Rapid Rail juga menutup laluan diantara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya kerana faktor keselamatan sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.

Dalam pada itu, tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya,

Rapid juga menyediakan perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik diantara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

"Perkhidmatan bas alternatif telah diaktifkan bagi menampung penumpang-penumpang :
• Stsen Bandaraya ke Plaza Rakyat- No Bas : WVH9594, No Bas : W7486Q
• Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya- No Bas : WUX5708, No Bas : WVC3984
• Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya- No Bas : PJJ7149, No Bas : WUW1702
• Stesen Bandaraya ke Sentul Timur- No Bas: W3607T

Pihak Rapid Rail memohon maaf atas kelewatan ini dan kesulitan yang dialami oleh para penumpang.

Media Baharu