fb fb fb fb fb

Ops Selamat: JPJ Kedah tingkat pemeriksaan bas, pemandu ekspres

ALOR SETAR, 25 April- Perkhidmatan bas ekpress tidak terkecuali dalam pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sepanjang Ops Selamat menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Ayie berkata pemantauan dan pemeriksaan dilakukan terhadap syarikat bas serta pemandu.

Antara operasi penguatkuasaan dilakukan termasuk pemeriksaan teknikal bas, lesen serta ujian air kencing terhadap pemandu serta menempatkan anggota JPJ di dalam bas

"Salah satu strategi penyamaran awam dalam bas dari semasa ke semasa, berapa laluan dan lokasi akan ditentukan kelak," katanya kepada pemberita di Alor Setar.


(Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Ayie)

Ujarya, seramai 300 pegawai dan anggota dibekukan cuti bagi menjalankan penguatkuasan sepanjang Aidilfitri nanti.

Sebarang maklumat orang ramai boleh salurkan ke talian 04-7404967 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu