fb fb fb fb fb

Lebih 1.4 juta kenderaan dijangka masuk Kedah pada Aidilfiri

ALOR SETAR, 25 April - Polis menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki negeri Kedah untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Justeru itu, pengguna jalan raya disaran tidak menularkan gambar atau video sebarangan mengenai situasi semasa trafik di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata sebaliknya orang ramai boleh terus menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis.

Katanya, gambar atau video yang ditularkan dikhuatiri menimbulkan ketakutan kepada masyarakat.


(Ketua JSPT Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain)

Jika berlaku kesesakan lalulintas, kemalangan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis kontinjen setiap negeri atau daerah yang beroperasi 24 jam sepanjang Ops Selamat.

"Pastikan perkara tersebut benar. Jika tidak betul, dahulu viral, jangan viral, bahaya. Kadangkala ia boleh menakutkan orang lain", katanya semasa sidang media majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan raya dan Ops Bersepadu Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah 2022 di sini.

Lebih 400 anggota bahagian Trafik akan bertugas di negeri Kedah menerusi Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula pada 29 April hingga 8 Mei ini.

Media Baharu