KOTA TINGGI, 25 April- Felda Lok Heng Timur, di Kota Tinggi, Johor, bermandi cahaya apabila 25,000pelita raya menghiasi setiap jalan di tanah rancangan itu.
Kemeriahan ditambah lagi dengan limpahan lampu LED yang dihias cantik di halaman rumah- rumah peneroka.
Pengurus Felda Lok Heng Timur, Aswat Othman berkata, tahun ini merupakan kali kedua pertandingan pelita raya dianjurkan pihak pentadbiran Felda Lok Heng Timur dan sambutan diterima amat menggalakkan.
"Tahun ini kita ada peningkatan dimana tahun lepas kita ada 23,000 unit pelita, tapi tahun ini dapat tambahan 25,000 dan ia adalah hasil inisiatif penduduk sendiri," katanya.
(Pengurus Felda Lok Heng Timur, Aswat Othman)
Sementara itu, Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh memuji, semangat perpaduan dan kerjasama peneroka, belia dan generasi felda yang komited mengembalikan memori Syawal.
" Ia bukan sahaja program suka -suka tapi dalam pada itu ia dapat menyemai satu sikap bergotong royong menyatupadukan penduduk di Felda Lok Heng Timur ini. Saya rasa program ini sangat baik saya harap pengurusan dapat teruskan tahun ke tahun tak berhenti di sini sahaja," ujar Norlizah.
(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh)
Pemenang pertandingan pelita raya akan menerima wang tunai RM1,000 yang akan diumumkan pada malam 1 Syawal nanti.