fb fb fb fb fb

Konsortium koperasi, usaha ANGKASA tingkatkan ekonomi golongan OKU

KUALA TERENGGANU, 25 April - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal menubuhkan sebuah konsortium bagi menyelaras koperasi melibatkan ahlinya yang terdiri daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata konsortium itu yang melibatkan semua kategori dibentuk bagi membantu golongan OKU meningkatkan ekonomi mereka menerusi sektor perniagaan berimpak tinggi.

(Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah)

Sehubungan itu 450,000 OKU berdaftar di seluruh negara digalakkan supaya sama-sama terlibat menubuhkan koperasi baharu di kawasan masing-masing.

Pada tahun ini, pihaknya menyasarkan lima koperasi melibatkan golongan OKU dapat diwujudkan.:

"Mereka kena tubuh koperasi. ANGKASA hanya boleh membantu OKU menerusi koperasi. Kita tidak boleh bantu individu, kita akan membantu mereka menerusi koperasi. Itu sebab kita cadangkan OKU yang ada ini, yang belum ada koperasi, tubuhkan koperasi. Supaya ANGKASA khususnya, dengan rakan strategik yang lain termasuk SKM dan Kementerian Pembangunan saya percaya boleh membantu mereka," kata beliau.

Menurutnya negeri Terengganu yang mempunyai tiga buah koperasi melibatkan golongan OKU bawah ANGKASA adalah antara badan pengurusan teraktif di negara ini dalam membantu kebajikan ahlinya.

Media Baharu